Degree at Unisel Bestari Jaya



Assalamuaikum...


Degree Journey as Unisel Student


Aku start belajar di Unisel January 2016 selama 3 tahun setengah sebagai pelajar pendidikan awal kanak-kanak. kalau tanya course ni mencabar or tak jujurnya mencabar sangat. kau kena banyak menghafal, banyak kerja luar kampus (pegi tadika/taska), ada proses mengajar dalam kelas dan macam-macam lagi. 

tapi for those yang betul-betul minat dengan kanak-kanak, memang yakin tu kerjaya yang kau rasa boleh menyeronokkan kau. course ni mmg digalakkan untuk korang. tapi untuk yang masih keliru pon boleh je cuba apply dan try mendalami kerjaya ni dengan ikhlas. InshaAllah Allah akan bukakkan hati korang untuk enjoy dengan course ni sepanang korang belajar.

Pensyarah dekat Fakulti pendidikan dan sains sosial Unisel ni sangatsangatsangat berpengalaman dan sangat luar biasa. mereka sentiasa berpemikiran terbuka dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan dan pertolongan yang korang nak dari mereka. majority pensyarah PAKK sangat sporting dan sangat berpengetahuan tinggi. bagi aku yang jenis lambat tangkap apa yang diajar ni, Alhamdulillah dengan bantuan mereka pada akhirnya aku faham juga apa yang mereka ajar. lagilagi kalau study last minute kan. memang semua akan masuk dalam otak aku. hehe


Yuran untuk ISM Pendidikan Awal Kanak-kanak ?

Sejujurnya yuran pengajian dekat unisel antara yuran yang termurah berbanding institut pengajian tinggi yang lain. Kalau aku tak silap yuran pengajian aku selama 3 tahun setengah dengan bantuan pinjaman PTPTN adela dalam 47k++. kalau tak silap lah, aku pon lupa pinjaman aku berapa. 

untuk peminjam PTPTN kalau aku tak silap ada yang boleh dapat FULL ada yang ikut peratusan pon ada. aku Alhamdulillah dapat pinjaman yang FULL TU. tapi parok ah nak bayor nnt. 

Hostel ?

kalau kau belajar dekat bestari jaya. kau jangan risau hal hostel sebab hostel dia mcm rumah weh. satu rumah ad enam orang, satu bilik dua orang, ada dapur, dua bilik air, tempat basuh baju, dobi pon ad, mesin gedegang pon ade, water cooler ada. Nikmat apa lagi kau nak tolak kalau semua dah disediakan. tapi serious ah hostel dia selesa yang teramat. tapi tak boleh masak kat rumah je lah kan. yang lain2 hostel dia semua AAA . cuma kena tahan panas sikit lah, kadang2 kena tahan panas yang banyak weh. haha . 



apa lagi nak tahu ? em tanya ah . 



Comments

  1. Ceritalah lagi pasal belajar course ni dekat unisel.. aktiviti dia.. semualah.. hee

    ReplyDelete

Post a Comment